BERITA TERKINI 2010 Piala Datuk Jasmin jadi rebutan 20 buah pasukan 
JASMIN (kanan) menyampaikan piala kepada jurulatih futsal SK Permatang Buluh, Azhan Murat yang muncul juara kejohanan futsal padang di Tasek Gelugor baru-baru ini.
PUAS HATI. Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan futsal padang Piala Datuk Jasmin 2010 yang berlangsung di Padang Awam Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini. Kejohanan itu anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Tunas Gemilang Lahar Yooi, Tasek Gelugor. Pengerusi kelab itu, Rosli Talib berkata, kejohanan bagi murid berusia 12 tahun itu diadakan bagi mencungkil bakat mereka. Pada perlawanan akhir, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buluh menewaskan pasukan SK Kampung Selamat B dengan agregat 2-1. Pengerusi Kelab Sukan Komuniti (KSK) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed hadir bagi menyampaikan hadiah. |